alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
akhirnya hari ni selesai satu perkara..smoga Allah redha..
sekarang ni kalau tanya kat orang ramai..rata2 topik nya berkisar mengenai graduation sebab kebetulan kat uitm skg ni mmg tgh minggu konvo (jem satu uitm y sememangnya already congested..huihui..) ok itu satu perkara..satu lagi mungkin orang akan banyak berkata2 mengenai isu PALESTINE..rata2 classmate pon tanya pasal hal ni..erk to be honest..saya tahu tapi tidak secara terperinci pasal sejarah palestine sejak saudara se-aqidah kita ni diserang..mungkin kene lebih tambah ilmu pasal ini..hmm
ok itu bukan peri penting ape yang nak saya utarakan di sini..nampak lah masa sekarang ni orang2 di luar sana sangat concern akan isu ini..tapi yang agak menyedihkan..ianya seperti seakan bermusim..paham ke? means..certain period of time je orang2 di luar sana sangat kecoh pasal isu palestine..after awhile..lelame lepas tu akan senyap balik..dan akhir nya saudara kita di palestine tu macam seakan-akan kita lupakan..bila isu ni dah macam reda orang pon beransur2 mula melupakan mereka..
ketahuilah bahawa..mereka tidak hanya diserang pada certain time sahaja..hari2 mereka sgtlah mencabar dengan keadaan diserang oleh bom secara tiba2 oleh tentera israel..ye memang lah bukan everyday..tapi bukan jugak selang 6 bulan sekali!
mereka hidup dalam keadaan yang tersangat limited dari segala segi..ya Allah bantu lah saudara kami di palestine dan gaza..
so apa yang korg rasa korg perlu buat dan boleh buat sekarang ni? kita boleh terus bersama2:
- doa untuk mereka
- menderma di mana-mana tabung palestine
- memboikot syarikat/produk/kedai yang memberi sokongan padu pada tentera israel
- teruskan berdoa buat mereka
insyaAllah usaha kita y kita lihat sedikit dan seolah2 tidak memberi significant ini kalau kita buat dengan ikhlas kerana Allah akan diganjariNYA..ketahuilah bahawa Allah tidak melihat kepada result akhir apa yang kita buat tapi apa y kita buat tuk menghasilkan sesuatu hasil itu..paham ke?
mari saya kisahkan satu cerita yang saya kira amat lah sweet..hee:D
ni kisah yang sudah tidak asing lagi..kisah semasa zaman nabi Ibrahim..camni cerita nye..semasa nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya dalam satu unggun api y amat besar dan marak..ade lah kelibat seekor burung ni..kelihatannya dia sedang cuba memadamkan api y besar lagi marak itu dengan hanya menggunakan paruh nya y kecil..
errkk! logik la..nak padam api pakai paruh kecik je..memang lah effek sangat pada api y besa lagi marak tuu..lalala~
ye nampak kecik dan macam usaha yang sia2..tapi at least burung tu ada hujah pada Allah bila Allah tanya pada dia apa usaha yang dia buat semasa nabi Ibrahim sedang di bakar oleh kaumnya..kita ade ape? tettt!
jom ambil iktibar..buat lah sesuatu tu even kita rasa perkara itu sekecil2 perkara untuk bantu saudara kita di Palestine..
sekian:)